
Xanton dari Segi Sains Memahami Penyelidikan di sebalik Bahan Antipengoksidaan Kuat ini, Kuasa Mujarab Pemakanan dalam Jus XanGo
«Muat turun ke pdf»
Sumber Semula Jadi Xanton Yang Terbaik.
Buah manggis, atau Garcinia mangostana, boleh didapati terutamanya di Asia Tenggara. Buah manggis terdiri daripada kulit (yakni kulit buah), isi (empat ke lapan ulas) dan benih (lazimnya dua hingga tiga benih). Kajian menunjukkan bahawa buah manggis merupakan sumber semula jadi xanton yang terbaik, dengan kepadatan tertinggi dalam perikarp buahnya, yang termasuk kulit serta isinya. Menurut penyelidikan, buah manggis serta perikarpnya, seperti yang terdapat dalam Jus XanGo, adalah sumber kepada hampir 40 xanton berlainan.
Sebilangan besar penyelidik bebas telah membuat penyelidikan dan melaporkan tentang manfaat-manfaat buah manggis.
Jus XanGo: Suatu Kategori Baru Bahan Tambahan Diperkenalkan
Terkenal sebagai pencipta kategori, Jus XanGo adalah minuman lazat yang memanfaatkan sifat pemakanan seluruh buah manggis melalui rumusan proprietari.
Diperbuat daripada puri istimewa dari keseluruhan buah manggis, Jus XanGo adalah padat dengan sumber xanton.
Melalui proses puri buah manggis tulen yang istimewa, XanGo mengandungi manfaat-manfaat seluruh buah tersebut dalam Jus XanGonya yang menerajui pasaran. Para pengasas XanGo telah merujuk kepada kajian yang berdekad-dekad ke atas buah manggis untuk menyokong penemuan minuman buah manggis dengan rasa yang sungguh lazat. Pengambilan satu hingga tiga auns jus tersebut disyorkan setiap hari untuk memperoleh kemujaraban xanton dalam Jus XanGo.



