XanGo

Kepimpinan Eksekutif

«Muat turun ke pdf»

XanGo, LLC, telah ditubuhkan oleh satu pasukan eksekutif yang inovatif, yang berdedikasi dalam menerajui kategori mereka dengan produk manggis yang terbaik di dunia. Gabungan visi, tumpuan produk, pengalaman industri, kepintaran perniagaan dan celik tentang komunikasi para pengasasnya telah memacu syarikat ini menjadi salah satu daripada jenama global yang berkembang paling pesat dalam pasaran. Memimpin suatu rangkaian global yang berkembang pesat dengan pengedar-pengedar bebas yang penuh bersemangat, pasukan eksekutif tersebut telah bersedia untuk memastikan kejayaan XanGo berterusan tanpa sebarang batasan.


Gary Hollister
Pengerusi Lembaga

Di samping kemampuan wawasannya yang mengagumkan, Pengerusi Lembaga XanGo, Gary Hollister, tidak selalu melihat dirinya bekerja dengan suatu pencipta kategori. Dia telah memulakan kerjayanya di Merle Norman Cosmetics dan selepas tamat pengajiannya di Drake University, telah menjadi presidennya dan Ketua Pegawai Operasi (COO) di California. Dalam cuma lima tahun, dia berjaya menambahkan jualan mereka daripada $60 juta kepada $250 juta, lalu mara ke cabaran seterusnya, menjadi presiden/Ketua Pegawai Eksekutif MEI Salons, Inc. di Minneapolis.

Selepas tiga tahun di “Kota Tasik,” Hollister telah merentasi negara untuk menubuhkan Kumpulan Hollister, sebuah organisasi pemasaran dalam industri kecantikan dan fesyen. Dia telah berkhidmat selama tiga tahun dan memainkan peranan utama dalam pelancaran wangian Michael Jordan.   

Terkenal dengan kejayaan penciptaan semulanya, Hollister telah diminta mengetuai suatu strategi patah balik bagi Enrich International, di mana dia memainkan peranan yang penting dalam membuka pasaran-pasaran Jepun, pasaran Enrich yang sedang berkembang paling pesat. Apabila jualan dan hasil telah ditingkatkan secara berterusan dan secara mendadak, Hollister mengambil keputusan untuk mara ke sebuah syarikat baru yang boleh menggunakan wawasannya.

Pada tahun 2002, Hollister menjadi pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif pertama XanGo, LLC. Selepas menjangka potensi syarikat-syarikat lalu dan memberi perolehan hebat yang beratus kali ganda, Hollister telah menjadi salah seorang daripada enam orang yang patut diberikan penghargaan dalam penukaran xanton menjadi Jus XanGo. Semasa lapang dari kerja, memberi ucapan ataupun meningkatkan hasil dan perolehan syarikat, dia mengecap kejayaan yang berbeza sebagai pemain golf yang hebat. Beliau mempunyai seorang anak perempuan, tiga anak lelaki dan beberapa orang cucu.

^ top

Aaron Garrity
Ketua Pegawai Eksekutif (KPE)

Aaron Garrity telah memperoleh MBA dan ijazah undang-undang dari Brigham Young University dan pada masa yang sama cemerlang dalam peranannya sebagai pengarah pemasaran di sebuah syarikat kesihatan dan pemakanan yang utama. Rahsianya? TUMPUAN. Garrity percaya bahawa anda tidak akan berjaya tanpanya. Tumpuan telah memperkukuhkan Garrity dalam pilihan-pilihan kerjayanya dan membantunya menyedari potensi buah manggis.

Garrity telah berkecimpung dalam industri kesihatan dan pemakanan dan dipertanggungjawabkan untuk rancang-rancangan pemasaran yang telah melaksanakan beratus-ratus pelancaran produk. Satu baris produk sahaja sudah dapat menghasilkan jualan tahunan yang mencecah $80 juta selepas dua tahun. Garrity telah memikul tanggungjawab bagi tujuh bahagian di seluruh dunia sebuah syarikat dan, sebagai seorang penyampai yang berbakat lagi dinamik, telah melatih beratus-ratus pengedar bebas sepanjang penglibatannya dalam organisasi-organisasi jualan langsung.

Garrity telah mempelajari tentang disiplin pada usia yang muda semasa dia membesar sebagai seorang penyanyi sambil mengenali pertalian langsung antara tumpuan dan kejayaan. Latihannya yang berterusan telah memberikannya peluang untuk menjalani uji bakat dengan sebuah kumpulan Columbia Artist yang sedang membuat persembahan bersama seorang pemuda berbakat yang belum dikenali lagi, bernama Lenny Kravitz. Beruntung bagi industri produk-produk semula jadi, Garrity telah berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti lain dan telah membawa disiplin yang dipelajarinya dari latihan muziknya yang panjang ke latihan perniagaannya dan akhirnya ke kerjayanya dengan XanGo.

Seorang lelaki yang dermawan dan tidak asing lagi bagi sikap profesionalnya, Garrity hidup dengan dorongan yang tidak henti-henti untuk berjaya dengan pola kejayaan yang memuncak. Apakah yang suka dibaca oleh orang sedemikian? Bagaimana dengan, As a Man Thinketh oleh James Allen, di restoran kegemaran Garrity, Les Soufflés, di Paris, Perancis.

^ top

Kent Wood
Presiden

Walaupun Kent Wood adalah pemegang CPA yang berlesen, dan memiliki kelulusan pra-siswazah dan pasca ijazah dalam bidang Perakaunan dari Brigham Young University, kemahiran pengurusan kewangannya yang cemerlang menjangkaui kemahiran mana-mana akauntan biasa yang lain. Sebelum menyertai XanGo, Wood bekerja sepenuh masa di NuSkin International, sebuah syarikat dengan jualan yang mencecah lebih sebilion dolar setahun.

Wood telah menerima diplomanya dan menghabiskan tempoh dua tahun menjalankan audit di beberapa syarikat yang bertapak di Utah seperti Enrich International sebagai sebahagian daripada firma perakaunan Grant Thornton. Selepas NuSkin merekrut beliau selama tiga tahun untuk bertugas sebagai seorang pengawal, Wood mengambil keputusan untuk menceburi peringkat antarabangsa.

Wood telah menjadi pengawal antarabangsa bagi sebuah syarikat besar produk-produk semula jadi, syarikat bernilai $500 juta dengan perniagaan di seluruh dunia. Jumlah wang yang diamanahkan itu bukanlah kecil, tetapi Wood telah mengurusnya dengan cukup prihatin dan baik, dan ini telah membantunya dinaikkan pangkat selaku Ketua Pegawai Kewangan (CFO), dan tidak lama kemudian memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) XanGo.

Seorang pakar minat dalam mengaudit syarikat-syarikat pemakanan yang berkembang pesat dan mengurus kewangan mereka dengan jayanya, Wood telah menyahut cabaran mengurus hasil XanGo yang melonjak dengan kemahiran penuh semangatnya.

^ top

Joe Morton
Pengasas/Lembaga pengarah

Seorang Orang Besi yang sejati, Joe Morton telah menghabiskan lima pertandingan tahunan dengan jayanya sejak tahun 2002 yang terdiri daripada berenang sejauh dua batu setengah, berbasikal sejarak 112 batu dan berlari sejauh 26.2 batu. Acara-acara ini memerlukan dedikasi dan semangat waja untuk berjaya. Pada Morton, maraton Orang Besi merupakan senaman memanaskan badan bagi menghadapi tanggungjawab hariannya dalam mengarah perhubungan pengedar XanGo di seluruh dunia dan pertumbuhan antarabangsa yang menakjubkan.

Morton telah menerima ijazah sarjana muda dalam bidang Perniagaan Antarabangsa dari Brigham Young University dan mula berkhidmat di Enrich International dengan membuka pejabat-pejabatnya di seluruh dunia. Beliau telah menggabungkan pengalaman global ini untuk membantu dalam memperluaskan perniagaan XanGo ke persada antarabangsa dan fasih bertutur dalam bahasa Perancis.

Morton memainkan peranan sangat penting dalam permulaan XanGo. Semasa bekerja di Asia Tenggara, dia telah menemui suatu buah lazat sebesar buah pic yang kecil yang disebut manggis. Mempercayai nalurinya, dia menyedari keunikan dan betapa berharganya buah ini, jadi dia telah membentuk satu pasukan bebas dan mula menjalankan penyelidikan mengenai sifat-sifat biologi buah manggis. Didorong oleh penyelidikan mereka, Morton dan pasukannya telah menghasilkan suatu rumusan proprietari untuk menghasilkan minuman yang berasaskan xanton.

Morton menetap di Utah bersama isteri dan anak-anaknya. Dia sering bersukan dan melatih Pasukan Hoki Springville High School sehingga mencapai kedudukan kedua di peringkat negeri pada tahun 2004. Dalam masa lapangnya, bebas dari kesibukan menjalankan sebuah syarikat antarabangsa atau menyertai maraton, dia suka memetik gitar dan membaca.

^ top

Gordon Morton
Pengasas/Lembaga pengarah

Gordon Morton percaya bahawa komunikasi itu suatu seni. Didorong secara kreatif, dia membesar dalam sebuah keluarga yang beriltizam terhadap produk-produk semula jadi dan pada peringat awal lagi telah memerhatikan evolusi pemasaran dalam industri. Gordon telah mengguna pakai kajiannya tentang industri dan pengalamannya sebagai pengedar sepenuh masa bagi sebuah syarikat pemakanan terkemuka nasional dalam kerja hariannya dalam menyelia pemasaran dan jualan di XanGo.

Seorang cendekiawan pemasaran yang tekun, Gordon telah melibatkan diri dalam pemasaran atau jualan langsung sejak menamatkan pengajiannya di Brigham Young University. Dia telah memulakan kerjayanya di Enhanced Living International dan telah mara untuk mengetuai usaha-usaha pemasaran bagi tiga lagi organisasi sebelum menceburi dunia jualan langsung sebagai pengedar di Enrich International. Selepas diiktiraf sebagai pengedar nombor satu selama beberapa tahun, dia telah mara ke pengurusan eksekutif bagi sebuah syarikat lain selaku pengarah jualan, pengekalan dan perekrutan global. Strategi pemasarannya yang penuh bertenaga telah membantu mengukuhkan jenama XanGo di pasaran antarabangsa merentasi dunia dalam tempoh kurang daripada tiga tahun. Sifat kreatif Morton telah berjaya melahirkan nama syarikat XanGo, gabungan dua istilah dengan menggunakan dua perkataan – xanton (xanthones) dan manggis (mangosteen).

Dikenali sebagai komunikator, Morton percaya bahawa kunci bagi kejayaan dalam pemasaran langsung ialah mendengar, memahami dan bertindak terhadap maklum balas pengedar di pasaran.

^ top

Bryan Davis
Pengasas/Lembaga pengarah

Sebagai budak pengakap pada waktu kecil dulu, Bryan Davis telah diajar mengenai kewarganegaraan, perkhidmatan dan kepimpinan. Kini seorang ahli perniagaan yang berjaya, Davis telah mengguna pakai nilai-nilai tersebut untuk membantu menjalankan tugasnya sebagai naib presiden eksekutif XanGo, mengendalikan perhubungan antarabangsa bagi syarikat yang berkembang pesat ini.

Davis menuntut di Brigham Young University dan kemudian menerima kelulusan dalam bidang perundangan di University of Puget Sound School of Law di mana dia memperoleh Juris Doktor. Dengan mengguna pakai kepintaran serta kemahirannya bekerja dengan orang, dia telah menjalankan kerja swasta sebagai peguam sivil, dan kemudian menjadi pengarah perkhidmatan perundangan bagi sebuah syarikat besar; di mana beliau bertanggungjawab bagi keperluan perundangan di bahagian sumber manusia. Susulan daripada itu, Davis menjadi sebahagian daripada daya usaha global syarikat, merundingkan kontrak bernilai berbilion dolar.

Davis telah memainkan peranan utama dalam inisiatif-inisiatif komunikasi XanGo yang semakin berkembang dengan penggubal undang-undang di peringkat negeri dan persekutuan. Davis bukan sekadar melibatkan diri dalam pematuhan global dan tanda dagangan tempatan dan di seluruh negara, malah juga meminati sukan luar bersama isteri dan anak-anaknya.

^ top