
Kisah Penemuan Buah Manggis XanGo
Dengan minat yang mendalam mengenai alam botani sepanjang hayatnya, hasil pengaruh keluarganya yang menekankan kesihatan secara semula jadi, Joe Morton sentiasa berikhtiar untuk mencari tumbuhan-tumbuhan, buah-buahan dan herba semula jadi yang bakal ditemui. Bertahun-tahun dahulu, semasa mengendalikan operasi sebuah syarikat makanan tambahan diet di Asia Tenggara, Joe telah menemui buah manggis.
Selepas menjamu selera di sebuah kafe yang aneh tetapi menarik, Joe telah dihidangkan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Buah manggis yang sebesar buah pic dengan kulit ungu, berisi putih, menjadikannya buah yang paling cantik yang dapat dibayangkan. Joe belum pernah melihat buah yang seperti itu dan telah diberitahu bahawa ia hanya berbuah dua kali dalam setahun dan menjadi kegemaran orang ramai. Dia kini tahu bahawa dia telah menemui sesuatu yang hebat. Rasanya yang mengagumkan dengan rasa yang manis serta sedikit masam. Dia sungguh kagum dengan rasanya yang lain daripada yang lain. Selepas menjelajahi seluruh dunia, Joe telah menemui beratus-ratus jenis botani. Dia telah menerokai semua jenis perisa dan rasa yang luar biasa dan ada pula yang tidak menyenangkan.
Namun, buah ini berlainan. Kali pertama dia merasainya, dia terus menyukainya.
Kebanyakan orang tempatan mengenali buah manggis sebagai ”Ratu Segala Buah.” Joe telah menemui orang yang arif tentang budaya rakyat tempatan buah manggis dan telah mengetahui bahawa di samping rasanya yang lazat, kulit atau perikarpnya telah digunakan secara tradisional sejak turun-temurun. Legenda-legenda purba telah menarik minat Joe. Dari segi tradisi tempatan, dia ingin mengetahui jika ada kajian telah dijalankan untuk menambahkan bukti tentang kemujaraban buah manggis.
Joe telah melancarkan satu pasukan penyelidikan tidak rasmi yang telah menggunakan perpustakaan, dokumen dan pakar-pakar sains. Saudara kandungnya, Gordon dan David serta rakan sekerjanya, Aaron Garrity, telah menyertainya dalam usaha penyelidikan ini. Walaupun buah manggis mungkin tidak pernah dijamah di kalangan orang Barat, tapi didapati jumlah kajian saintifik yang agak banyak telah dijalankan ke atas buah tersebut dan perikarpnya di Asia. Tidak lama kemudian, pasukan tersebut telah pun dapat mengumpulkan timbunan dokumen-dokumen akademik dan kajian-kajian sains yang telah diterbitkan. Mereka telah mendapat tahu bahawa ahli sains sedia maklum bahawa buah manggis merupakan sumber sebatian fitonutrien yang kuat, dinamakan xanton, yang telah dikaji oleh pasukan-pasukan penyelidikan bagi mendedahkan potensi manfaat-manfaatnya. Pasukan Joe telah mendapati lebih banyak maklumat mengenai buah manggis dan perikarpnya, tetapi tiada satu pun yang menyentuh mengenai produk-produk yang dipasarkan.
Bagaimana buah seperti manggis, yang sungguh lazat serta kaya dalam sifat-sifat bermanfaat masih belum diketahui oleh kebanyakan orang di dunia ini? Kenapa tidak terdapat pelbagai jenis bahan tambahan daripada buah manggis di pasaran? Perlu ada orang pertama untuk mengusahakannya.
Kisah XanGo bermula dengan penemuan secara tidak sengaja dan dicapai dengan pilihan untuk menghasilkan satu kategori baru dan membawa buah manggis kepada para pengguna di seluruh dunia. Tidak lama kemudian, pasukan tersebut menubuhkan XanGo dan merujuk kepada penyelidikan yang berdekad-dekad untuk mencipta suatu rumusan proprietari dan menghasilkan minuman buah manggis yang sungguh lazat.



